RSS
Container Icon

SENTUHAN MAGIK =)


Salah satu bentuk komunikasi yang baik adalah melalui sentuhan. 
Berdasarkan kajian pakar psikologi di Jerman berkenaan kuasa sentuhan, tubuh manusia akan mengeluarkan hormon endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Selain mempunyai kesan positif daripada sudut saintifik dan kesihatan, sentuhan, pelukan serta gurauan mesra bersama pasangan juga merupakan sunnah Na
bi Muhammad SAW.



Tambah beliau, kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami dapat mengurangkan kandungan kolesterol dan meningkatkan kesihatan tubuh isteri. "Kepada para suami yang mahu menurunkan berat badan isteri, anda digalakkan memeluk isteri anda setiap masa", katanya lagi tentang hikmah daripada kuasa sentuhan.

Beliau juga mengingatkan para suami, kelelakian mereka tidak terhakis apabila mereka rajin memuji, membelai dan menolong isteri dalam kerja-kerja rumah. Rasulullah SAW yang merupakan lelaki terbaik ketika bersama ahli keluarga baginda, rajin membantu isteri di rumah, menjahit pakaiannya sendiri dan sering membelai dan memuji isteri-isterinya dengan ungkapan kata-kata yang baik.

Sentuhan bagi yang halal je... yang tak HALAL tak boley taw (^^,)V

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS