RSS
Container Icon

SENTUHAN MAGIK =)


Salah satu bentuk komunikasi yang baik adalah melalui sentuhan. 
Berdasarkan kajian pakar psikologi di Jerman berkenaan kuasa sentuhan, tubuh manusia akan mengeluarkan hormon endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Selain mempunyai kesan positif daripada sudut saintifik dan kesihatan, sentuhan, pelukan serta gurauan mesra bersama pasangan juga merupakan sunnah Na
bi Muhammad SAW.



Tambah beliau, kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami dapat mengurangkan kandungan kolesterol dan meningkatkan kesihatan tubuh isteri. "Kepada para suami yang mahu menurunkan berat badan isteri, anda digalakkan memeluk isteri anda setiap masa", katanya lagi tentang hikmah daripada kuasa sentuhan.

Beliau juga mengingatkan para suami, kelelakian mereka tidak terhakis apabila mereka rajin memuji, membelai dan menolong isteri dalam kerja-kerja rumah. Rasulullah SAW yang merupakan lelaki terbaik ketika bersama ahli keluarga baginda, rajin membantu isteri di rumah, menjahit pakaiannya sendiri dan sering membelai dan memuji isteri-isterinya dengan ungkapan kata-kata yang baik.

Sentuhan bagi yang halal je... yang tak HALAL tak boley taw (^^,)V

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jauHkaN diRi dAri SYaiTan!!

SYAITAN musuh MANUSIA...

Syaitan atau Iblis dan Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang diciptakan dari dua jenis yang
 berbeza. Iblis berasal dari api yang berkarakter panas, sedangkan manusia diciptakan dari
tanah yang cenderung lemah.

Syaitan dan manusia ditetapkan sebagai dua jenis makhluk yang selalu bermusuh
dari awal penciptaan manusia hingga akhir kehidupan alam fana. Meskipun terjadi perbezaan yang sangat
jauh antara syaitan dan manusia, Allah tetap menjanjikan bahawa manusia
dapat mengalahkan syaitan apabila konsisten dalam keimanan
dan ketaqwaan.


Di antara perbezaan yang signifikan itu adalah seperti berikut:

1) Syaitan dapat melihat manusia dari seluruh penjuru, sedangkan manusia tidak mampu melihatnya kerana ia di alam ghaib.

2) Jumlah syaitan terus bertambah dan tidak mengalami kematian dari semenjak penciptaan hingga akhir kehidupan di dunia. Sementara itu, manusia meskipun terus bertambah, tetapi usianya cukup terbatas.

3) Syaitan dapat menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, kecuali rupa Rasulullah s.a.w.

4) Syaitan memosisikan diri sebagai subjek penggoda, sedangkan manusia menjadi objek.

Dengan semua potensi yang dimiliki syaitan, sangat mudah ia mengintai dan menjerumuskan manusia kepada kesesatan dan kecelakaan di dunia dan di akhirat.

Akan tetapi Allah menjanjikan manusia dapat mengalahkan syaitan dan mencapai keberhasilan hidup di dunia ataupun di akhirat jika tetap berpegang pada jalan-Nya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati kepada yang hak dan kesabaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa BABI haram dimakan??

HARAMNYA DARAH DAN BABI:

Dalam penelitian, dengan analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid, suatu senyawa kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia.
Sifat beracun dari uric acid dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya kita diberitahu bahawa 98% dari uric acid dalam tubuh dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal dan dibuang keluar dari tubuh melalui air seni. Setiap muslim dilarang untuk memakan babi, hal ini disebabkan dalam babi terdapat zat-zat berbahaya apabila kita mengonsumsinya.

Kandungan uric acid dalam darah sangat penting untuk diperhatikan bahawa sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan di dalam tubuhnya.

SUBHANALLAH…ini membuktikan bahawa Allah SWT senantiasa memberikan yang terbaik kepada umat-Nya. Oleh sebab itu, kewajipan kita untuk bersyukur atas kemurahan Allah SWT yang telah menjaga kita dari sesuatu yang memudharatkan.

~Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah: ayat 173 yang bermaksud...

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


DI SEBALIK PENGHARAMAN BABI:

Perilaku mengonsumsi daging babi boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, di antaranya gangguan cacing, seperti cacing gelang, cacing kerawit, dan cacing tambang.

Salah satu yang paling berbahaya adalah Taenia Solium atau cacing pita. Cacing ini bersemayam dalam usus besar dan sangat panjang. Ova atau telurnya memasuki aliran darah dan boleh mencapai hampir seluruh organ tubuh.

Jika memasuki otak, ia boleh menyebabkan  hilang ingatan. Jika memasuki jantung, akan menyebabkan serangan jantung. Jika memasuki mata, akan menyebabkan buta. Cacing lain yang sangat berbahaya adalah Trichura Tichurasis. Cacing ini tidak mati ketika dimasak pada suhu masak normal.

Daging babi hanya memiliki sedikit susunan otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini ditimbun dalam pembuluh dan boleh menyebabkan hipertensi serta serangan jantung. Tidak mengejutkan jika 50% orang Amerika menderita penyakit hipertensi. Babi adalah haiwan yang paling pengotor. Ia hidup di tempat yang kotor, tempat yang dipenuhi tahi dan lumpur. Bahkan, babi-babi itu sering kali memakan kotoran mereka sendiri atau kotoran teman-teman sekandangnya.

~Di dalam surah al-An’am: ayat 145, Allah SWT berfirman yang bermaksud...

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SENYUMLAH (^^,)




1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh serta mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya bahawa memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan terhadap kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut “tersenyum” dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang “sudah sejuk” ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan “gembira”. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. kemudian, kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah di serang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang di buat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stress iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah di gunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan dengan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua di letakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 minit sebelum dan selepas kajian di buat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama di dapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon endorphins dan hormon neurotransmitters dan penurunan tahap hormon stresscortisol” dan “adrenaline”.

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang di akhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa “mengurut” organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya bahawa ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam selama beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang di lemparkan mampu menyerikan hari insan yang lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut: “SENYUM ITU KELOPAK.  KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapakah SAHABAT kita???

Dalam kehidupan setiap manusia, tidak kira yang tua ataupun yang muda, yang miskin ataupun yang kaya, yang kuat mahupun yang lemah, semuanya memerlukan teman di sisi.

Penting sangat ke teman ni?? Penting!! Ini kerana dapat bersama-sama dengan kita ketika susah & senang. Bersama temanlah kita akan bergerak ke hadapan dalam menyebarkan dakwah, saling ingat-mengingati sesama sendiri, memperteguhkan kepercayaan yang dibina bersama selama ini.

Tetapi TEMAN yang bagaimana??

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut perumpamaan dalam bersahabat, "Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, baju kita akan turut berbau wangi. Sebaliknya, jika kita berkawan dengan tukang besi, baju kita akan terbakar ataupun paling tidak kita akan terkena bau besi tersebut."



Di sini ada sedikit tips untuk memilih dan mengklasifikasikan kawan supaya kita tidak dianggap sombong dan berkawan dengan penuh hikmah:


  • KENALAN : Golongan yang kita sekadar kenal dan bertegur sapa sahaja. Paling tidak pun hanya minum di kedai mamak sekali sekala. Ramaikan golongan ini disekitar anda.

  • KAWAN : Golongan ini agak rapat dengan kita. Kita biasa menghabiskan masa bersamanya. Hadkan golongan ini kerana kita perlu bijak memilih yang sesuai dan tidak membawa kita ke arah yang lebih teruk.

  • SAHABAT : Golongan ini paling rapat dan tahu mengenai kita. Kadang-kadang kita bawa dia ke rumah dan menganggap seperti sebuah keluarga. Ini yang paling sedikit dan pastikan telah ditapis sebaik mungkin dan melepasi kedua-dua golongan di atas.


Kalau kita bijak memilih kawan sebegini,
insyaAllah selamat. (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS