HARAMNYA DARAH DAN BABI:
Dalam penelitian, dengan analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid, suatu senyawa kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia.
Sifat beracun dari uric acid dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya kita diberitahu bahawa 98% dari uric acid dalam tubuh dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal dan dibuang keluar dari tubuh melalui air seni. Setiap muslim dilarang untuk memakan babi, hal ini disebabkan dalam babi terdapat zat-zat berbahaya apabila kita mengonsumsinya.
Kandungan uric acid dalam darah sangat penting untuk diperhatikan bahawa sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan di dalam tubuhnya.
SUBHANALLAH…ini membuktikan bahawa Allah SWT senantiasa memberikan yang terbaik kepada umat-Nya. Oleh sebab itu, kewajipan kita untuk bersyukur atas kemurahan Allah SWT yang telah menjaga kita dari sesuatu yang memudharatkan.
~Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah: ayat 173 yang bermaksud...
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
DI SEBALIK PENGHARAMAN BABI:
Perilaku mengonsumsi daging babi boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, di antaranya gangguan cacing, seperti cacing gelang, cacing kerawit, dan cacing tambang.
Salah satu yang paling berbahaya adalah Taenia Solium atau cacing pita. Cacing ini bersemayam dalam usus besar dan sangat panjang. Ova atau telurnya memasuki aliran darah dan boleh mencapai hampir seluruh organ tubuh.
Jika memasuki otak, ia boleh menyebabkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, akan menyebabkan serangan jantung. Jika memasuki mata, akan menyebabkan buta. Cacing lain yang sangat berbahaya adalah Trichura Tichurasis. Cacing ini tidak mati ketika dimasak pada suhu masak normal.
Daging babi hanya memiliki sedikit susunan otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini ditimbun dalam pembuluh dan boleh menyebabkan hipertensi serta serangan jantung. Tidak mengejutkan jika 50% orang Amerika menderita penyakit hipertensi. Babi adalah haiwan yang paling pengotor. Ia hidup di tempat yang kotor, tempat yang dipenuhi tahi dan lumpur. Bahkan, babi-babi itu sering kali memakan kotoran mereka sendiri atau kotoran teman-teman sekandangnya.
~Di dalam surah al-An’am: ayat 145, Allah SWT berfirman yang bermaksud...
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."







0 comments:
Post a Comment