Dalam kehidupan setiap manusia, tidak kira yang tua ataupun yang muda, yang miskin ataupun yang kaya, yang kuat mahupun yang lemah, semuanya memerlukan teman di sisi.
Penting sangat ke teman ni?? Penting!! Ini kerana dapat bersama-sama dengan kita ketika susah & senang. Bersama temanlah kita akan bergerak ke hadapan dalam menyebarkan dakwah, saling ingat-mengingati sesama sendiri, memperteguhkan kepercayaan yang dibina bersama selama ini.
Tetapi TEMAN yang bagaimana??
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut perumpamaan dalam bersahabat, "Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, baju kita akan turut berbau wangi. Sebaliknya, jika kita berkawan dengan tukang besi, baju kita akan terbakar ataupun paling tidak kita akan terkena bau besi tersebut."
Di sini ada sedikit tips untuk memilih dan mengklasifikasikan kawan supaya kita tidak dianggap sombong dan berkawan dengan penuh hikmah:
- KENALAN : Golongan yang kita sekadar kenal dan bertegur sapa sahaja. Paling tidak pun hanya minum di kedai mamak sekali sekala. Ramaikan golongan ini disekitar anda.
- KAWAN : Golongan ini agak rapat dengan kita. Kita biasa menghabiskan masa bersamanya. Hadkan golongan ini kerana kita perlu bijak memilih yang sesuai dan tidak membawa kita ke arah yang lebih teruk.
- SAHABAT : Golongan ini paling rapat dan tahu mengenai kita. Kadang-kadang kita bawa dia ke rumah dan menganggap seperti sebuah keluarga. Ini yang paling sedikit dan pastikan telah ditapis sebaik mungkin dan melepasi kedua-dua golongan di atas.
Kalau kita bijak memilih kawan sebegini,
insyaAllah selamat. (^_^)








2 comments:
assalamualaikum..hehe.. balas kunjungan cik seri nailofar ke tinta da'i..
rase mcm knl..tp,xtaula btul ke x...hehe
wa'alaikumussalam...hehe...xtawla knl ke x ea...huhu..
Post a Comment